Kanser Limfoma ~ didiognasis dengan kanser adalah perkara yang mengubah 1001 seri dalam kehidupan~
..~hidup perlulah sentiasa positif..~
Assalamualaikum semua๐๐
salam sayang semuanya....lama dah tak buat entry..heheh sibuk sikit..๐
salam ramadhan ke26...1439H/2018..
Assalamualaikum semua๐๐
salam sayang semuanya....lama dah tak buat entry..heheh sibuk sikit..๐
salam ramadhan ke26...1439H/2018..
5 perkara penting tentang kanser Limfoma
1.Limfoma Adalah Sejenis Kanser Darah
Secara ringkasnya, limfoma adalah sejenis kanser darah yang berlaku apabila sel-sel darah putih dan sistem imun mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang tidak terkawal.
Ia menyebabkan pengumpulan sel secara luarbiasa, pembengkakan kelenjar limfa, dan boleh merebak ke organ sekeliling termasuklah tisu otak, usus, tulang, paru-paru dan sum-sum tulang.
2. Golongan Muda Berisiko Tinggi
Umumnya, limfoma terbahagi kepada 2; iaitu Limfoma Hodgkin (HL) dan Limfoma Bukan Hodgkin (NHL). Limfoma Hodgkin dikategorikan sebagai penyakit yang berbahaya dan berisiko tinggi menyerang golongan muda berusia 15 hingga 30 tahun. Warga emas berusia 55 tahun ke atas juga dikatakan mempunyai risiko yang sama.
Sungguhpun limfoma masih dianggap asing dalam masyarakat kita, tapi sebenarnya 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap HL di mana 60% daripadanya adalah golongan lelaki, seperti yang dijelaskan oleh Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr Chang Kian Meng dalam sebuah artikel yang disiarkan pada tahun 2015.
Sementara itu, NHL lebih lazim menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.
3. Punca Limfoma
Secara tepatnya, punca seseorang mendapat penyakit ini masih belum diketahui. Namun, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyumbang kepada risikonya, iaitu:
i) Jangkitan bakteria dan virus seperti HIV, EBV, helicobacter pylori, hepatitis B dan C.
ii) Penyakit auto-immune
iii) Penggunaan ubat immunosuppressive selepas pemindahan organ.
iv) Penyakit keturunan / genetik
v) Pendedahan kepada bahan toksik seperti racun serangga, racun rumpai, dan benzene.
4. Tanda-tanda Limfoma
Gangguan daripada abnormaliti yang berlaku pada sistem limfa boleh menyebabkan fungsi organ-organ penting terjejas, lalu menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan pesakit.
Antara tanda-tanda yang boleh dikenalpasti adalah:
i) Pembengkakan kelenjar limfa
ii) Demam berpanjangan
iii) Hilang selera makan
iv) Turun berat badan secara mendadak
v) Cepat letih & tidak bertenaga
vi) Ruam kulit, selalunya di bahagian kaki
vii) Sering berpeluh pada waktu malam
viii) Tanda lain pada bahagian organ tertentu: contohnya batuk & sesak nafas akibat pembengkakan peparu atau berak berdarah akibat pembengkakan usus.
Pada tahap awal, ia mula menyerang sebahagian kecil sistem limfa dan seterusnya melibatkan lebih banyak bahagian hingga mengganggu fungsi organ. Jika tidak dirawat sejak awal, ia boleh membawa maut.
5. Rawatan
Harapan untuk sembuh pada pesakit limfoma adalah cerah, namun ia banyak bergantung kepada faktor tertentu; umur pesakit, jenis, tahap, dan respon tubuh mereka terhadap rawatan.
Antara rawatan yang terlibat adalah pembedahan, radiasi, kemoterapi, immunoterapi, atau pemindahan sum-sum tulang – bagi kanser yang bersifat agresif atau berulang.
#dan diri ini pernah hampir untuk di diognasiskan dengan Limphoma...alhamdulillah ..Afah dijauhkan dan dilindungi daripada penyakit ni..syukur sangat...
☝walau apa sekalipun yang Allah bagi dekat hambanya..kita perlu belajar dan cuba untuk menerima dari sedikit-sedikit penghayatan sehinggalah kita mengerti apa yang dinamakan dengan "kebahagiaan dalam keperitan"... ingatlah!! tidak semua insan akan terpilih untuk melalui jalan yang berliku dalam hidup demi memahami tugas kita sebagai hamba Allah...ada yang dipilih Allah dengan jalan hidup yang hanya mengenali erti senang dan bahagia sehinggakan dirinya semakin menjauh dari Penciptanya iaitu Allah...
# semoga info yang serba ringkas ni dapat mendorong kepada sesiapa yang mengesayaki diri sendiri, ahli keluarga, orang tersayang dan orang sekeliling mempunyai tanda-tanda penyakit limphoma ni...untuk keterangan yang lebih mendalam dan terperinci,,anda dinasihatkan untuk membuat medical check up dan berunding dengan orang yang lebih pakar...Doktor lah jawapannya..heheh๐

Comments