Posts

Showing posts from 2018

Kanser Limfoma ~ didiognasis dengan kanser adalah perkara yang mengubah 1001 seri dalam kehidupan~

Image
..~hidup perlulah sentiasa positif..~ Assalamualaikum semua💗😄 salam sayang semuanya....lama dah tak buat entry..heheh sibuk sikit..😂 salam ramadhan ke26...1439H/2018.. 5 perkara penting tentang kanser Limfoma 1.Limfoma Adalah Sejenis Kanser Darah Secara ringkasnya, limfoma adalah sejenis kanser darah yang berlaku apabila sel-sel darah putih dan sistem imun mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang tidak terkawal. Ia menyebabkan pengumpulan sel secara luarbiasa, pembengkakan kelenjar limfa, dan boleh merebak ke organ sekeliling termasuklah tisu otak, usus, tulang, paru-paru dan sum-sum tulang. 2. Golongan Muda Berisiko Tinggi Umumnya, limfoma terbahagi kepada 2; iaitu Limfoma Hodgkin (HL) dan Limfoma Bukan Hodgkin (NHL). Limfoma Hodgkin dikategorikan sebagai penyakit yang berbahaya dan berisiko tinggi menyerang golongan muda berusia 15 hingga 30 tahun. Warga emas berusia 55 tahun ke atas juga dikatakan mempunyai risiko yang sama. Sungguhpun li...